Fungsi sel lemak adalah untuk menyimpan bahan kimia yang dinamakan lipid. Lipid menyediakan tenaga untuk tubuh. Secara umumnya, tenaga berasal daripada makanan yang dimakan, dan ianya akan disimpan sebagai lemak dalam sel lemak. Apabila penggunaan tenaga lebih sedikit daripada penyimpanan tenaga maka akan berlakulah ketidakseimbangan. Jadi jika anda makan terlalu banyak tetapi tenaga yang dikeluarkan terlalu sedikit, maka lemak-lemak tersebut akan terkumpul. Oleh itu, kegemukan akan berlaku apabila proses mengeluarkan lemak terganggu, seperti terjadinya masalah hormon atau hormone imbalance. Terdapat 3 lapisan lemak didalam tubuh manusia iaitu 2 lapisan lemak pada kulit dan satu lapisan lemak didalam tubuh yang dikenali sebagai lemak viscera. Kenali proses laser lipolisis Lipolisis adalah satu proses menghapuskan lemak di bawah lapisan kulit. Untuk memahami apa itu lipolisis, anda mestilah memahami kulit, lemak badan dan struktur-struktur lemak. Kulit bukan sahaja menu...
Comments
Post a Comment