Fungsi sel lemak adalah untuk menyimpan bahan kimia yang dinamakan lipid. Lipid menyediakan tenaga untuk tubuh. Secara umumnya, tenaga berasal daripada makanan yang dimakan, dan ianya akan disimpan sebagai lemak dalam sel lemak. Apabila penggunaan tenaga lebih sedikit daripada penyimpanan tenaga maka akan berlakulah ketidakseimbangan. Jadi jika anda makan terlalu banyak tetapi tenaga yang dikeluarkan terlalu sedikit, maka lemak-lemak tersebut akan terkumpul. Oleh itu, kegemukan akan berlaku apabila proses mengeluarkan lemak terganggu, seperti terjadinya masalah hormon atau hormone imbalance.
Terdapat 3 lapisan lemak didalam tubuh manusia iaitu 2 lapisan lemak pada kulit dan satu lapisan lemak didalam tubuh yang dikenali sebagai lemak viscera.
Kenali proses laser lipolisis
Lipolisis adalah satu proses menghapuskan lemak di bawah lapisan kulit. Untuk memahami apa itu lipolisis, anda mestilah memahami kulit, lemak badan dan struktur-struktur lemak. Kulit bukan sahaja menutupi badan kita tetapi ia juga merupakan organ yang terbesar pada tubuh badan manusia. Funsi kulit adalah sangat banyak, antaranya adalah menghalang dehidrasi, menghalang organisma lain memasuki badan kita dan menjadi pelindung kepada cahaya ultraviolet matahari. Kulit pula terdiri daripada 3 lapisan epidermis, dermis dan hypodermis. Lapisan dermis dan epidermis adalah lapisan di mana kelenjar sebum, melanocyte, saraf, rambut tumbuh dan deria sentuh berada. Lapisan yang terlibat sewaktu proses lipolisis adalah lapisan hypodermis. Hypodermis adalah tempat dimana lapisan lemak subkutan berada. Walaupun terdapat bahagian badan lain yang menyimpan lemak seperti didalam rongga perut dan sekitar organ dalaman, tetapi di hypodermis adalah tempat dimana 50% dari jumlah keseluruhan lemak dalam badan tersimpan. Fungsi lemak hypidermis ialah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga. Secara dasarnya, lemak di simpan dalam bentuk yang utama, pertama bentuk GYNOID. Ia Merujuk kepada pengumpulan lemak di bahagian bawah badan, pinggul, peha dan punggung yang menjadikan bentuk "PEAR"
Bentuk kedua adalah “android” dimana lemak lebih tertumpu berkumpul dibahagian atas badan dan menjadikan bentuk "APPLE". Namun begitu ia bukanlah satu kemestian dan hanyalah sebagai panduan sahaja. Orang yang mempunyai badan berbentuk apple juga selalunya mempunyai masalah lapisan lemak visceral (lapisan ketiga) yang tebal. Kebanyakan mereka akan bermasalah perut buncit. penjagaan diet dan exercise sangat penting untuk mengurangkan lapisan lemak visceral. Namun begitu, masalah hormon atau ketidakseimbangan hormon boleh meningkatkan lapisan lemak visceral (lemak dalam perut). Peratusan lemak di dalam tubuh akan berubah-ubah dan dipengaruhi oleh hormon seperti insulin, estrogen dan testosterone. Apa yang perlu di ketahui ialah, apabila mencapai akhil baligh, jumlah sel lemak dalam badan akan tetap dan tidak akan bertambah kecuali jika anda menjadi tersangat gemuk. Selepas akhil baligh, sel lemak hanya akan bertambah jika berat anda menadi 200% daripada berat ideal anda. Oleh itu, peningkatan dan penurunan berat badan anda sekarang adalah kerana sel lemak itu mengempis atau mengembang. Oleh itu, satu cara untuk membuang sel lemak secara kekal adalah dengan melakukan lipolisis.
Lipolisis adalah proses membuang sel lemak yang berlebihan. Sel lemak ini akan hilang buat selamanya selepas di sedut. Namun begitu, jika tidak menjaga pemakanan atau tidak melakukan senaman, sel-sel lemak yang tertinggal boleh mengembang dan menyebabkan berat badan anda bertambah. Oleh itu, amatlah penting untuk kita menjaga diet dan senaman selain mampu mengekalkan berat badan ia juga membantu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan hormon.
Jika telah menjaga makanan dan senaman tetapi masih juga terdapat lapisan lemak di bahagian perut, saddleback, dada, lengan dan peha. Oleh itu adalah dinasihatkan anda untuk membuat lipolisis. Lipolisis telah terbukti selamat dan berfungsi dengan cepat.
Lipolisis Abdomen |
Lipolisis Peha |
Lipolisis Lengan |
Lipolisis Leher |
Lipolisis gynaecomastia |
Untuk maklumat lanjut berkaitan rawatan kami,
hubungi talian hotline kami di :
Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 03-5524 5697 / 013-388 1353
Bangi : 03-8928 9334/ 013-335 1353
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-228 1353
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
Kota Bharu : 013 3880987
WHATSAPP : 012-608 0159
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic @ Rawatan Laser Lipolisis
Comments
Post a Comment