Hai semua. Nama saya Haizah. Umur saya 29 tahun. Saya nak kongsi experience saya yang naik berat badan secara mendadak selepas melahirkan anak, dan perjalanan saya untuk kembali kelihatan kurus.
.
Sewaktu sebelum berkahwin, bentuk badan saya kelihatan normal sahaja. Boleh dikatakan ideal. Kalau waktu ada function, wedding atau raya ke, saya memang suka beli atau tempah baju kebaya. Suka sangat dengan pattern dia yang ada elemen klasik dan moden tu.
.
Sejak saya pregnant anak yang kedua, saya mula suka makan lebih banyak dari sebelum ini. Selera memang bertambah-tambah. Saya pun tak tahu kenapa. Memang saya tak jaga badan dah, tapi saya tak perasan sebab saya tak ada rasa perubahan lain selain semakin suka makan dalam kuantiti yang banyak.
.
Lama-kelamaan, suami mula menegur saya mula nampak ‘chubby’. Saya tak terima, saya kata saya sama saja. Bila berjumpa dengan kawan-kawan pun mereka tegur, katanya pipi dan jari saya dah mula nampak ‘bambam’ tak macam dulu. Itupun saya tak dengar juga. Saya anggap itu cuma gurauan kawan-kawan rapat. Tidaklah ambil hati, ambil pusing apatahagi.
.
Satu hari, sepupu yang paling rapat dengan saya call. Dia kata dia nak kahwin dalam enam bulan lagi. Masa musim raya pulak tu. Minggu kedua. Saya pun excited sangat dengan news tu. Katanya dia nak ahli keluarga yang perempuan pakai tema kebaya sebab sepupu kesayangan dia ni suka sangat dengan kebaya. Wah, terharu betul saya. Ada juga tanda ingatan dia dekat saya. Bersemangat ni nak cari kain untuk tempah baju kebaya baru bersempena raya dan wedding. Maklumlah, lama sangat dah tak pakai kebaya. Waktu raya dalam dua tahun ni, dua-dua musim tu saya pregnant. Memanglah tak beli kebaya baru.
.
Saya cuba pakai kebaya yang dah ada tu, tapi masalahnya dah jadi sempit. Rasa macam tak percaya, saya cuba pakai kebaya lain pula. Pun tak boleh nak butang juga. Waktu itu baru saya betul-betul tersedar yang saiz badan saya dah jauh lari dari sebelum ni. Panik pun ada. Iyalah, selama ini orang lain tegur saya buat tak tahu saja. Hari itulah yang saya baru buka mata.
.
Selepas hari tu, saya buat plan kurus saya. Saya plan diet pemakanan serta aktiviti yang saya boleh mula lakukan untuk mengurangkan berat badan. Exercise tu memang tak lupalah. Setelah hampir lima bulan, saya dah boleh nampak perubahan berat badan yang ketara. Cuma ada satu lagi masalah, tak kiralah macam mana pun saya exercise, bahagian lengan dan perut memang tak boleh nak kurus semula. Padahal bahagian lain okay dah. Saya cuba pakai lagi kebaya yang ada tu, sangkut pula di bawah lengan. Perut pun nampak besar lagi. Saya cuba lebihkan exercise untuk bahagian-bahagian itu, tapi tak boleh juga. Masalahnya, wedding sepupu saya tu dah tak sampai dua bulan pun. Nak ada masa untuk kurus, nak masa untuk tempah baju lagi, memang sesaklah. Itu tak kira lagi dengan nak teruskan rutin exercise masa bulan puasa. Hati kena kental ni.
.
Saya teringat sebelum ini saya pernah datang ke Marissa Aesthetic untuk buat facial. Dan setahu saya di sana ada buat rawatan lipolisis, cuma saya tak pernah terfikir nak buat rawatan tu. Jadi, saya search balik dekat Facebook. Tak puas hati dengan Facebook dan blog Marissa, saya call juga consultant dia. Bukan main happy lagi bila saya tahu mereka ada promosi raya termasuk rawatan lipolisis. Wah ini sudah peluang baik! Mereka buka setiap hari, jadi waktu weekend itu saya terus ke sana untuk sesi konsultasi dan sebagainya. Saya memang awal-awal terus book appointment.
.
Di sana, ada melalui sesi konsultasi dengan Dr. Rushmini Maris sendiri. Ramah orangnya. Semua yang saya tanya, satu-satu dia jawab dengan lengkap. Kemudian, saya set masa untuk buat rawatan lipolisis. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
.
Saya pun berjayalah pakai semula kebaya tu, sebelum tu dalam hati dah berdoa-doa, janganlah sangkut di mana-mana. Dan alhamdulillah bahagian lengan dah boleh masuk elok. Bahagian perut pun memang tak ada masalah lagi dah. Masa balik kampung hari raya tu, ramai yang terkejut tengok perubahan saya. Raya pertama tu, saya pakai kebaya yang memang vogue ala-ala zaman anak dara dulu. Boleh dah nak sedondon dengan adik ipar yang umur 21 tahun tu. Sebelum ni cutting ‘lari’, ni dah kembali pada saiz asal. Dan hari perkahwinan tu, memang hati yang dah sedia gembira ni tambah ceria lagi. Rasa berbaloi sangat buat rawatan tu. Adalah rasa confident sikit nak jadi pengapit walaupun dah jadi mak orang. Terima kasih Marissa Aesthetic sebab bantu saya, dan terima kasih juga atas layanan yang diberikan sepanjang saya di sana. Sukalah. Boleh buat geng.
.
Maaflah kalau perkongsian saya ni panjang berjela. Almaklumlah, orang masih excited dapat buat comeback dengan kebaya. Harap-harap apa yang saya share ni berguna juga untuk orang lain :) Kepada yang nak buat rawatan ini dalam masa terdekat, saya nak wish all the best to you!
Comments
Post a Comment