Skip to main content

CONNECT WITH US

NAK BERAYA PAKAI KEBAYA, LENGAN SANGKUT PULA!

Hai semua. Nama saya Haizah. Umur saya 29 tahun. Saya nak kongsi experience saya yang naik berat badan secara mendadak selepas melahirkan anak, dan perjalanan saya untuk kembali kelihatan kurus.
.
Sewaktu sebelum berkahwin, bentuk badan saya kelihatan normal sahaja. Boleh dikatakan ideal. Kalau waktu ada function, wedding atau raya ke, saya memang suka beli atau tempah baju kebaya. Suka sangat dengan pattern dia yang ada elemen klasik dan moden tu.
.
Sejak saya pregnant anak yang kedua, saya mula suka makan lebih banyak dari sebelum ini. Selera memang bertambah-tambah. Saya pun tak tahu kenapa. Memang saya tak jaga badan dah, tapi saya tak perasan sebab saya tak ada rasa perubahan lain selain semakin suka makan dalam kuantiti yang banyak.
.
Lama-kelamaan, suami mula menegur saya mula nampak ‘chubby’. Saya tak terima, saya kata saya sama saja. Bila berjumpa dengan kawan-kawan pun mereka tegur, katanya pipi dan jari saya dah mula nampak ‘bambam’ tak macam dulu. Itupun saya tak dengar juga. Saya anggap itu cuma gurauan kawan-kawan rapat. Tidaklah ambil hati, ambil pusing apatahagi.
.
Satu hari, sepupu yang paling rapat dengan saya call. Dia kata dia nak kahwin dalam enam bulan lagi. Masa musim raya pulak tu. Minggu kedua. Saya pun excited sangat dengan news tu. Katanya dia nak ahli keluarga yang perempuan pakai tema kebaya sebab sepupu kesayangan dia ni suka sangat dengan kebaya. Wah, terharu betul saya. Ada juga tanda ingatan dia dekat saya. Bersemangat ni nak cari kain untuk tempah baju kebaya baru bersempena raya dan wedding. Maklumlah, lama sangat dah tak pakai kebaya. Waktu raya dalam dua tahun ni, dua-dua musim tu saya pregnant. Memanglah tak beli kebaya baru.
.
Saya cuba pakai kebaya yang dah ada tu, tapi masalahnya dah jadi sempit. Rasa macam tak percaya, saya cuba pakai kebaya lain pula. Pun tak boleh nak butang juga. Waktu itu baru saya betul-betul tersedar yang saiz badan saya dah jauh lari dari sebelum ni. Panik pun ada. Iyalah, selama ini orang lain tegur saya buat tak tahu saja. Hari itulah yang saya baru buka mata.
.
Selepas hari tu, saya buat plan kurus saya. Saya plan diet pemakanan serta aktiviti yang saya boleh mula lakukan untuk mengurangkan berat badan. Exercise tu memang tak lupalah. Setelah hampir lima bulan, saya dah boleh nampak perubahan berat badan yang ketara. Cuma ada satu lagi masalah, tak kiralah macam mana pun saya exercise, bahagian lengan dan perut memang tak boleh nak kurus semula. Padahal bahagian lain okay dah. Saya cuba pakai lagi kebaya yang ada tu, sangkut pula di bawah lengan. Perut pun nampak besar lagi. Saya cuba lebihkan exercise untuk bahagian-bahagian itu, tapi tak boleh juga. Masalahnya, wedding sepupu saya tu dah tak sampai dua bulan pun. Nak ada masa untuk kurus, nak masa untuk tempah baju lagi, memang sesaklah. Itu tak kira lagi dengan nak teruskan rutin exercise masa bulan puasa. Hati kena kental ni.
.
Saya teringat sebelum ini saya pernah datang ke Marissa Aesthetic untuk buat facial. Dan setahu saya di sana ada buat rawatan lipolisis, cuma saya tak pernah terfikir nak buat rawatan tu. Jadi, saya search balik dekat Facebook. Tak puas hati dengan Facebook dan blog Marissa, saya call juga consultant dia. Bukan main happy lagi bila saya tahu mereka ada promosi raya termasuk rawatan lipolisis. Wah ini sudah peluang baik! Mereka buka setiap hari, jadi waktu weekend itu saya terus ke sana untuk sesi konsultasi dan sebagainya. Saya memang awal-awal terus book appointment.
.
Di sana, ada melalui sesi konsultasi dengan Dr. Rushmini Maris sendiri. Ramah orangnya. Semua yang saya tanya, satu-satu dia jawab dengan lengkap. Kemudian, saya set masa untuk buat rawatan lipolisis. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
.
Saya pun berjayalah pakai semula kebaya tu, sebelum tu dalam hati dah berdoa-doa, janganlah sangkut di mana-mana. Dan alhamdulillah bahagian lengan dah boleh masuk elok. Bahagian perut pun memang tak ada masalah lagi dah. Masa balik kampung hari raya tu, ramai yang terkejut tengok perubahan saya. Raya pertama tu, saya pakai kebaya yang memang vogue ala-ala zaman anak dara dulu. Boleh dah nak sedondon dengan adik ipar yang umur 21 tahun tu. Sebelum ni cutting ‘lari’, ni dah kembali pada saiz asal. Dan hari perkahwinan tu, memang hati yang dah sedia gembira ni tambah ceria lagi. Rasa berbaloi sangat buat rawatan tu. Adalah rasa confident sikit nak jadi pengapit walaupun dah jadi mak orang. Terima kasih Marissa Aesthetic sebab bantu saya, dan terima kasih juga atas layanan yang diberikan sepanjang saya di sana. Sukalah. Boleh buat geng.
.
Maaflah kalau perkongsian saya ni panjang berjela. Almaklumlah, orang masih excited dapat buat comeback dengan kebaya. Harap-harap apa yang saya share ni berguna juga untuk orang lain :) Kepada yang nak buat rawatan ini dalam masa terdekat, saya nak wish all the best to you!

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Lipolisis??

Fungsi sel lemak adalah untuk menyimpan bahan kimia yang dinamakan lipid. Lipid menyediakan tenaga untuk tubuh. Secara umumnya, tenaga berasal daripada makanan yang dimakan, dan ianya akan disimpan sebagai lemak dalam sel lemak. Apabila penggunaan tenaga lebih sedikit daripada penyimpanan tenaga maka akan berlakulah ketidakseimbangan. Jadi jika anda makan terlalu banyak tetapi tenaga yang dikeluarkan terlalu sedikit, maka lemak-lemak tersebut akan terkumpul. Oleh itu, kegemukan akan berlaku apabila proses mengeluarkan lemak terganggu, seperti terjadinya masalah hormon atau hormone imbalance.   Terdapat 3 lapisan lemak didalam tubuh manusia iaitu 2 lapisan lemak pada kulit dan satu lapisan lemak didalam tubuh yang dikenali sebagai lemak viscera. Kenali proses laser lipolisis Lipolisis adalah satu proses menghapuskan lemak di bawah lapisan kulit. Untuk memahami apa itu lipolisis, anda mestilah memahami kulit, lemak badan dan struktur-struktur lemak. Kulit bukan sahaja menu...

Laser Lipolisis with Video

Body fat reduction using Laser Lipolysis. This laser fat removal technology removes excess fat deposits in specific areas of the body, especially areas unsuitable for traditional liposuction fat removal. Using a special laser system it breaks down the membranes of fat cells then the fats are eliminated by the body in a natural manner. Fats that are normally resistant to dieting and physical exercise can now be treated through a laser-assisted lipolysis system with a totally revolutionary concept. Benefits of Laser Lipolysis treatment: *Reduced invasiveness; no unsightly procedure scars. *Reduced trauma through therapeutic effects of laser. *Reduced recovery time; can be performed during lunchtime. *Possibility of treating areas unsuitable for traditional liposuction like the forearms, upper abdomen, inner thighs, face and knees. *Improved skin appearance after treatment; promotes skin retraction and shrinkage. *Less blood loss with simultaneous coagulation ...
Laser lipolysis gives traditional liposuction a fat-busting boost. For those seeking trimmer bodies with minimal effort, liposuction is one of the most popular fast-fixes. But like anything that seems too good to be true, the fat-reduction procedure comes with a few drawbacks, especially if your skin can't take up the slack. Pockets of sagging skin may defeat the purpose of using cosmetic surgery to bust hard-to-reach fat. That’s where the newly designed technique of laser lipolysis comes in, picking up where traditional liposuction leaves off. Researchers believe this enhanced technique could be the key to optimum body sculpting, and are bringing the news of their findings to the Society of Interventional Radiology’s 38th Annual Scientific Meeting this week in New Orleans. How Does It Work? Laser lipolysis is a minimally invasive procedure that uses heat from fiber-optic lasers at various wavelengths to melt body fat. This is a different process than  liposuction , wh...